ANJING KALAU SUDAH BIASA MAKAN TAHI ...
Sempena Perhimpunan Agung UMNO ini, saya ingin segarkan semula
ingatan para perwakilan yang masih bersimpati terhadap Anwar dengan flashback
surat pendedahan seorang pegawai kanan polis yang kini dipercayai telah menjadi orang
tertinggi dalam hieraki polis. Tujuan saya ialah untuk menyampaikan mesej bahawa polis
yang telah dilabelkan sebagai ‘anjing Mahathir’ oleh rakyat memang
sebenar-benarnya berperwatakan sedemikian… dan bagaimana Mahathir si durjana
tersebut memperalatkan polis atas apa sahaja tujuan untuk memuaskan nafsunya dan pihak
polis pula… demi pangkat dan wang ringgit rela maruah dilacurkan … meskipun
dahulunya bersimpati dan menyokong DSAI ). Ini juga sebahagian dari beberapa
siri percubaan untuk membunuh Anwar yang begitu terancang oleh para konspirator,
selain racun arsenik yang menggemparkan dunia dalam bulan Ogos tahun lepas
CUCU DATUK BAHAMAN
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA RINTIHAN DARI BUKIT AMAN
(Nation News) Thursday, September 24 1998 - Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis
yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini
adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari
pihak atasan dan saya tidak dapat membendung perasaan marah.
Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang Malaysia dan
berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan
peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.
Didalam pasukan, kami dilatih untuk mentaati setiap arahan ketua, tak kira penat,
siang atau malam. Didalam situasi ini, saya menerima arahan terus dari ketua saya
iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah kami
pertikaikan walaupun didalam mesyuarat (samalah dengan kelakuan Dr. Mahathir) kerana
didalam Pasukan Polis, keadaanya sama seperti didalam kabinet yang terlalu banyak kaki
ampi, bodek dan dungu.
Didalam kes Anwar & Mahathir, sebenarnya KPN juga terlibat secara langsung.
Kelakuan KPN kepada Anwar jelas terserlah didalam mesyuarat kami di Bukit Aman
baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada didalam pengetahuan saya. Semua projek-projek
yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah
RM3.5 juta yang telah Daim Zanuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr Mahathir juga
telah kami ketahui.
KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr Mahathir
lakukan kepada dirinya tetapi dengan bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang
yang sentiasa membuka mulut jika disuap.
Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah , penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat
amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu denganya dan mengugut
untuk membocorkan tembelang KPN supaya di ambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau
berkompromi denganya untuk menjatuhkan Anwar. Tetapi saya amat terkejut apabila
mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa
Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulanya ganas dan membahayakan
keselamatan.
Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakanya serta 125
orang penyokongnya telahpun kami tahan. KPN juga mengarahkan kami untuk megambil darah
daripada Penagih Dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif.
Kami tepaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil
darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati. Pada mulanya,
saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tetapi seteleh terdengar kata-kata dari
Dr Mahathir kepada KPN "Rahim, Have you done your job ? or should I ask somebody
else to do it " Tan Sri Rahim menjawab "do not worry Dr Sri, ' I will ask
………..( nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya ) to finish
him.." Dr Mahathir berkata lagi " Can we trust him ? " KPN menjawab
" Then we kill him like that goat " . (Mereka mengelarkan Anwar sebagai
kambing )
Tahukah Tuan-tuan semua apakah tugas yang Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN
telah menyerahkan tugas itu kepada saya ?…. SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK
TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATUK SERI ANWAR
IBRAHIM !
KPN sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya beterus terang
kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak
membocorkan rahsia ini atau akan menerima nasib seperti Dr Nalla. Saya faham ugutan
ini kerana kami memang kadang-kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata)
kedalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan medakwa
orang itu.
Sebenarnya peluru, pistol dan dokumen kerajaan yang berada di rumah Dr. Nalla adalah
kepunyaan Pihak Polis. Anwar sengaja diperangkap. Saya berani bersumpah kerana orang
bawahan saya telah diberi tugas oleh KPN untuk meletakkannya bagi menuduh Anwar
Ibrahim belot kepada Negara. Dua orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga
sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN
telah memberi dua pilihan kepada mereka samada menghadapi ISA dan hukuman gantung
sampai mati atau menerima RM520,000-00 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini
terjadi diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pula Tuan
?.
Tuan-tuan semua jangan berasa hairan jika media akan melaporkan bahawa Dato Seri Anwar
Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami diBukit Aman ialah untuk
memasukkan kuman HIV ketubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh
diri. Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang melayu dan saya tidak boleh
bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini. Maka bersama surat
ini, saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota Polis.
Pasukan Polis di Bukit Aman telah berpecah kepada dua iaitu yang bersetuju kuman AIDS
disuntik ketubuh Anwar dan yang satu golongan ini masih berugama. Saya merayu kepada
semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan
Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan Aids. Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan
KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi tentera atau polis yang bodoh seperti di Algeria
dan Turki.
Penulis
Ditaip daripada surat asal ( fax kerana tidak jelas. ) Nation News |